DIET ATKINS!

Apa itu diet ATKINS?? 

diet atkins ialah diet LOW CARB and ALMOST NO CARB but HIGH PROTEIN!
paham dak?? x paham? meh scroll down, baca dalam pic nie 👇👇


haaaa?? dah paham?? x paham lagi? baca semula... hiks hiks! 
saya pon amalkan diet ATKINS nie..and Alhamdulillah..menjadi..dalam sebulan turu 10 KG! banyak x, banyak x??? okey..meh kita sambung! 

macam dalam gambar tu bagitaw, diet atkins nie ada 4 FASA.. FASA 1, FASA 2, FASA 3 dan FASA 4.. banyaknya fasa? macam mana tu? meh sini nak terang...

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:

1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan. 
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan) 
3. Pre-maintenance 
4. Lifetime Maintenance


haa, paham dak? dak jugak? naiya naiya..meh satu lagi pic


paham dak g?? hiks! 

haaa..tudiiiaaaaa... makanan yang perlu banyak ambil dalam diet atkins nie semestinya protein laa..  dan yang paling sikit, carbo laaa..huhuhu.. 

FASA 1

Fasa pertama merupakan fasa yang memerlukan fizikal dan mental kuat sikit laa.. sebab fasa 1 inilah akan menentukan kejayaan anda untuk meneruskan ke fasa-fasa yang lain. fasa 1 nie x lama pon.. ada yang cakap fasa 1 nie just for 2 weeks and ada yang cakap fasa 1 nie perlu diteruskan sehingga dapat berat ideal tetapi mengikut kesesuaian badan and kesihatan badan all of you laa.. 

Antara nota yang perlu anda paham for fasa 1 ialah.. 

 haaa??? baca jangan x baca! hehehe.. 
.  all of you betul-betul follow macam dalam pic nie selama 2 minggu, in  sha Allah.. 5-7 KG boleh turun laa..  fasa pertama carbo hanya boleh ambil 20 gram sahaja.!

Ingat! Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan ?habis? dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak.
Itulah sebabnya mereka yang mengamalkan diet rendah lemak (low-fat diet) sering tidak berjaya. Bukan apa, walaupun mereka makan makanan rendah lemak seperti low-fat yoghurt, minum jus buah-buahan, makan hanya roti sahaja tapi tak makan daging atau telur, makan makanan low-fat dalam paket, yang pastinya makanan tersebut mengandungi karbohidrat dari gula, tak kira gula buah-buahan atau karbohidrat biasa.

Tengoklah pada label makanan diet, terutamanya yang berbentuk paket. Banyak yang ada 0 gram fat and 0 calorie tapi carbohydrate sampai mencecah 30 gram sepeket! 30 gram karbohidrat tu kalau dimakan akan bertukar menjadi glukosa. Bila anda exercise, glukosa itu yang dibakar sebagai tenaga dan hilang, lemak hilang sedikit sahaja sebab tiap-tiap kali makan, anda minum sepeket. Kalau 3 kali sehari, dah 90 gram karbohidrat. Sedangkan kalau nak kurus betul-betul, anda hanya patut makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja! Buat apa membazir duit membeli makanan diet dalam peket sedangkan anda boleh kuruskan badan dengan hanya menjaga karbohidrat dalam pemakanan.

Induction hanya berlangsung selama 2 minggu. Kalau berat badan berlebihan sangat atau lambat menyusut, anda boleh kekal pada tahap Induction selama 6 bulan ke atas dengan selamat. Tahap seterusnya, Ongoing Weight Loss, akan memperkenalkan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya anda tahu had toleransi karbohidrat anda.

Had toleransi kabohidrat anda ialah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan anda boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan (equilibrium state). Untuk atlit atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-70 gram sehari. Ada yang bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari. Kaum lelaki, terutamanya yang muda akan lebih mudah membakar karbohidrat dan lemak daripada kaum wanita.

fuuhhhh!!! faham kaa dak? please laa paham.. sat ada syarat diaaa... 

Syarat-syarat Induction
1. Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 9.00pm.
2. Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label pada produk di pasaraya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0 gram.
3. Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati memilih sos dan kicap dalam botol.
4. Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang diharamkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. Bersabar dan berdisiplinlah kalau nak kuruskan badan.
5. Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.
6. Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.
7. Rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.
8. Jangan sangka makanan tertentu itu berkarbohidrat rendah. Sebiji buah pear bersaiz sederhana ada 25 gram karbohidrat, sebiji telur ayam bersaiz besar cuma ada 0.6 gram karbohidrat! Check dulu
9. Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula atau artificial sweteener.

(huraian dari blog sebelah)


okey..paham ke dak fasa 1 macam mana??  hehehehe.. klau still x paham boleh bertanya yaa.. nmpak macam susah kan?? tapi hakikatnya kalau faham betul-betul, in sha Allah diet nie senang jerrr.. hahaha.. good luck! entri seterusnya saya akan jelaskan pasal FASA II pulak yaaa... stay tunee! 

1 comment:

  1. Hye . Nak tnya klu mkn benda yg di benarkan tu ada limit tak brapa jumlah yg boleh d mkn . Contoh nya telur atau ayam .klu srapan mkn telur hnya bole mkn sebiji ke atau lebih dari sebiji ?

    ReplyDelete

About