19:05

Kelebihan AIR PUTIH dan GREEN TEA!

AIR PUTIH VS GREEN TEA

VS

Ada apa apa kaa dua air nie?? x dak apa haih.. nak bagitaw manfaat kedua-dua air nie jaa.. hehehe

AIR PUTIH! 

ambiikkk hg! punya laa banyak manfaat diaa.. haa tunggu apa lagi minum laa banyak-banyak..bukan rugi pon.. nie sebelum nak minum biar jerang dulu air tu,, nanti nak sihat last-last dapat penyakit..hahaha.. 

meh GREEN TEA pulakk..


haaa..tudia banyak bukan main manfaat dia.. so apa lagi?? amalkan laah.. x rugi pon..tapi ada limit dia nah.. hehehe.. 
tu, yang penting dapat BURN FAT, BELLY FAT.. sapa x mau.. hahaha.. 

so jom semua..amalkan minum green tea.. hahaha... x kisah laa green tea jenama apa pon.. tapi setakat laa nie rasa sedap AHMAD TEA laa sedap.. BOH GREEN TEA okay jugak..hahaha.. 


saattttt!!!!!!!!! make sure Jangan BUBUH GULA PULAAKKKK!!! minum kosong macam tu taw!! 

hehehhe..so guys!!! good luck! moga capai berat badan yang diidamkan.. MAY God Bless YOU!



19:05

DIET ATKINS!

Apa itu diet ATKINS?? 

diet atkins ialah diet LOW CARB and ALMOST NO CARB but HIGH PROTEIN!
paham dak?? x paham? meh scroll down, baca dalam pic nie 👇👇


haaaa?? dah paham?? x paham lagi? baca semula... hiks hiks! 
saya pon amalkan diet ATKINS nie..and Alhamdulillah..menjadi..dalam sebulan turu 10 KG! banyak x, banyak x??? okey..meh kita sambung! 

macam dalam gambar tu bagitaw, diet atkins nie ada 4 FASA.. FASA 1, FASA 2, FASA 3 dan FASA 4.. banyaknya fasa? macam mana tu? meh sini nak terang...

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:

1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan. 
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan) 
3. Pre-maintenance 
4. Lifetime Maintenance


haa, paham dak? dak jugak? naiya naiya..meh satu lagi pic


paham dak g?? hiks! 

haaa..tudiiiaaaaa... makanan yang perlu banyak ambil dalam diet atkins nie semestinya protein laa..  dan yang paling sikit, carbo laaa..huhuhu.. 

FASA 1

Fasa pertama merupakan fasa yang memerlukan fizikal dan mental kuat sikit laa.. sebab fasa 1 inilah akan menentukan kejayaan anda untuk meneruskan ke fasa-fasa yang lain. fasa 1 nie x lama pon.. ada yang cakap fasa 1 nie just for 2 weeks and ada yang cakap fasa 1 nie perlu diteruskan sehingga dapat berat ideal tetapi mengikut kesesuaian badan and kesihatan badan all of you laa.. 

Antara nota yang perlu anda paham for fasa 1 ialah.. 

 haaa??? baca jangan x baca! hehehe.. 
.  all of you betul-betul follow macam dalam pic nie selama 2 minggu, in  sha Allah.. 5-7 KG boleh turun laa..  fasa pertama carbo hanya boleh ambil 20 gram sahaja.!

Ingat! Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan ?habis? dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak.
Itulah sebabnya mereka yang mengamalkan diet rendah lemak (low-fat diet) sering tidak berjaya. Bukan apa, walaupun mereka makan makanan rendah lemak seperti low-fat yoghurt, minum jus buah-buahan, makan hanya roti sahaja tapi tak makan daging atau telur, makan makanan low-fat dalam paket, yang pastinya makanan tersebut mengandungi karbohidrat dari gula, tak kira gula buah-buahan atau karbohidrat biasa.

Tengoklah pada label makanan diet, terutamanya yang berbentuk paket. Banyak yang ada 0 gram fat and 0 calorie tapi carbohydrate sampai mencecah 30 gram sepeket! 30 gram karbohidrat tu kalau dimakan akan bertukar menjadi glukosa. Bila anda exercise, glukosa itu yang dibakar sebagai tenaga dan hilang, lemak hilang sedikit sahaja sebab tiap-tiap kali makan, anda minum sepeket. Kalau 3 kali sehari, dah 90 gram karbohidrat. Sedangkan kalau nak kurus betul-betul, anda hanya patut makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja! Buat apa membazir duit membeli makanan diet dalam peket sedangkan anda boleh kuruskan badan dengan hanya menjaga karbohidrat dalam pemakanan.

Induction hanya berlangsung selama 2 minggu. Kalau berat badan berlebihan sangat atau lambat menyusut, anda boleh kekal pada tahap Induction selama 6 bulan ke atas dengan selamat. Tahap seterusnya, Ongoing Weight Loss, akan memperkenalkan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya anda tahu had toleransi karbohidrat anda.

Had toleransi kabohidrat anda ialah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan anda boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan (equilibrium state). Untuk atlit atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-70 gram sehari. Ada yang bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari. Kaum lelaki, terutamanya yang muda akan lebih mudah membakar karbohidrat dan lemak daripada kaum wanita.

fuuhhhh!!! faham kaa dak? please laa paham.. sat ada syarat diaaa... 

Syarat-syarat Induction
1. Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 9.00pm.
2. Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label pada produk di pasaraya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0 gram.
3. Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati memilih sos dan kicap dalam botol.
4. Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang diharamkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. Bersabar dan berdisiplinlah kalau nak kuruskan badan.
5. Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.
6. Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.
7. Rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.
8. Jangan sangka makanan tertentu itu berkarbohidrat rendah. Sebiji buah pear bersaiz sederhana ada 25 gram karbohidrat, sebiji telur ayam bersaiz besar cuma ada 0.6 gram karbohidrat! Check dulu
9. Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula atau artificial sweteener.

(huraian dari blog sebelah)


okey..paham ke dak fasa 1 macam mana??  hehehehe.. klau still x paham boleh bertanya yaa.. nmpak macam susah kan?? tapi hakikatnya kalau faham betul-betul, in sha Allah diet nie senang jerrr.. hahaha.. good luck! entri seterusnya saya akan jelaskan pasal FASA II pulak yaaa... stay tunee! 

19:05

Diari Menu Dietku!!!

MENU DIET ATKINS SAYA!!


Nak makan apa nie?? argghhhh!! streess! hahahaha.. macam yang sedia maklum diet nie x perlu berlapar tapi perlu??? yeaaa..perlu makan..kalau x makan kadar metabolisme kita rendah and pembakaran lemak x dapat dilakukan.. so apa  benefit x makan? hahaha..

saya ingatkan balik, untuk fasa 1 just protein dengan sayur sahaja boleh makan..heehehhe


PAGI:
Telur rebus / goreng/ omelette ---- 2 /3 biji
salad --- 2/3 helai

TENGAHARI
Ikan / Ayam --- 1/2 ketul (mengikut size laa)
sayur bayam ke, kangkung ke (make sure sayur hijau laa better) --- 2/3 sudu

Petang (kalau laporr)
Telur --- 1/2 biji

Malam 
Ikan / Ayam --- 1/2 ketul (mengikut size laa)
sayur---2/3sudu

makan sebelum pukul 7 yaaa.. tapi saya student so saya makan malam juga sebab saya taw saya akan tidur lambat.. hahaha.. sempat laa makanan nak hadam.. hehehe.. kena makan sebelum 3 or 4 jam tidur yaaa.. 

DAN DAN DAN!! air kosong  minum bagi cukup taw.. 1 liter for 25 kg! bagi cukup.. kes kita tembon kes minum air kosong x cukup..please guys,, minum air kosong banyak-banyak.. x dak istilah gemok air aiiihh.. hahaha..  banyak kelebihan minum air kosong banyak-banyak nie.. hampa telan air manis, HANCUSSS DIET HAMPA! 

ehhh...x kan makan benda tu jaa?? kenyang kaa?? kenyang laaa.. high protein kot ambik!! huhuhu.. cuba dulu, baru taw kenyang x kenyang..

perrgghhh!!! makan telurrr dow... kolestrol!! hahaha.. nanti saya terang yerr telur bukan sebab utama kolestrol naik..hehehehe.. kalau takut sangat cover laa dengan Green Tea.. 

banyak manfaat GREEN TEA nie... of cos lah dapat mengawal/ mengurangkan KOLESTROL dan paling penting untuk orang diet nie of cos laaa SEBAGAI PEMANGKIN BERAT TURUN.. maksud dia boleh turunkan berat badan... banyak lagi manfaat green tea nie... entri seterunsya saya terangkan yaaaa.... tunggu!!!

saya minum green tea nie selepas makan iaitu maybe dalam 2/3 jam selepas makan.. ada yang cakap sebelum makan minum green tea okay jugak.. ikotlaahh..hehehe.. saya akan minum green tea 2 kali sehari or kalau rajin 3 kali..hahaha.. tapi ada orang cakap minum green tea banyak-banyak x elok jugak..so minum berpada-pada laa yeerrrr..

apa lagi errkk saya nak terang... erm erm..tiba tiba otak bluurrr..haahaha... ( perlu ke nak cerita, hahaha) 

make sure guys.. pelbagaikan masakan yaa..maksud saya telur tu.. hampa makan 2 / 3hari telur kompom akan muak.. sebab tu saya kata pelbagaikan masakan.. x kan tiap hari telur rebus or goreng.. perrghh!! x tahan beb.. dan.. make sure masakan hampa tu ada rasa noh.. kalau x dak rasa hampa x kan kenyang.. hahaha.. x caya?? cuba makan ayam  rebus dengan sayur goreng (tu pon x dak garam) hampa kenyang kaa dak? im pretty sure x kan kenyang.. sebab saya pernah buat dah lagu tu.. hahahaha.. MAKE SURE ADA RASA yaaa... garam perlu untuk badan kita yaaa.. even sikit kena ambik.. hehehehehe.. 


x kan makan benda tu jaa?? ya ALLAH  x kuattt.. hahahaha.. first of all tengok balik niat kita..sebab apa kita nak diet.. guys.. 2/ 3 bulan jerrr.. lepas tu nak telan kaa nak kedaqah kaaa, buat laa tpi under control laa yerr.. heheheheheheheheehhe.

2/3 bulan for those yang nak stay dengan fasa 1 until dapat berat ideal.. tapi fasa 1 hanya 2 weeks only... hehehe..jgn salah paham yaaa... 

NAK KURUS KE X NAK???? 

yaa taw banyak cabaran for students, orang yang bekerja.. tapi kita CUBA... hehehehe

'bila hampa rasa nak give up, pikiaq semula sebab apa hampa mula kan dulu nie" 

FIGHTINGGG!!!!!!!

19:04

lets EXERCISE!

SENAMAN TABATA


Apa itu Latihan Tabata? Ia merupakan kaedah senaman (High Intensity Interval Training) yang diolah berdasarkan kajian pada tahun 1996 oleh Dr. Izumi Tabata dan rakan-rakan dari National Institute of Fitness and Sports, Tokyo.

 TABATA dipelopori oleh seorang saintis Jepun bernama Izumi Tabata (Izumi Naruto yer) dan sekumpulan penyelidik. Mereka membuat kajian ke atas 2 kumpulan atlit yang mana satu kumpulan melakukan senaman kardio berintensiti sederhana (70% intensity) 5 hari seminggu selama 6 minggu dengan setiap sesi senaman berlangsung selama sejam. Satu lagi kumpulan melakukan senaman berintensiti tinggi 4 hari seminngu selama 6 minggu juga dengan setiap sesi hanya 4 minit.

Keputusan dari pemerhatian tersebut mendapati senaman singkat berintensiti tinggi menunjukkan peningkatan yang nyata lebih baik bagi kapasiti aeorobik dan anaerobik badan atlit sekaligus meningkatkan metabolisme dan kecergasan menyeluruh.
Macam-macam senaman yang boleh digunapakai dalam TABATA ini. Sebagai contoh burpee, tekan-tubi, sit-up dan lain-lain.

 Kaedah/protokol untuk senaman ini adalah seperti berikut:

1. Warm-up (memanaskan badan)
2. Senaman yang ultra-intensif pada 170% daripada VO2 (20 saat)
3. Diikuti dengan rehat yang minimal (10 saat)
4. Ulangi langkah 2 hingga 3 untuk 8 set (Jumlah masa = 4 minit)
5. Warm-down (sejukkan badan)

Latihan Tabata adalah sejenis HIIT yang menerapkan nisbah 2:1. Latihan yang berlangsung hanya selama 4 minit ini (240 saat) terbahagi kepada 8 bahagian atau set. Setiap set pula terbahagi kepada 2 fasa, iaitu fasa pecut selama 20 saat (sprint phase) dan fasa rehat selama 10 saat (rest phase). Kitaran ini berterusan sebanyak 8 kali (Jumlah masa = 4 minit).

Untuk 20 saat yang pertama, anda haruslah melakukan sesuatu senaman itu pada intensiti yang paling tinggi (do it all out!). Sekiranya anda ingin menerapkan latihan Tabata dalam larian, maka dalam tempoh 20 saat itu juga anda perlu berlari pecut sekuat hati seperti Usain Bolt, sebelum diikuti dengan rehat selama 10 saat (boleh berjalan lenggang ‘itik pulang petang‘ sebentar). Apabila jam randik di tangan sudah cukup tempoh 10 saat, anda harus terus berlari pecut lagi untuk 20 saat berikutnya, dan proses ini berulang sebanyak 8 kali. Boleh anda bayangkan?


Dipercayai, kesan daripada melakukan latihan Tabata tidak terhad kepada peningkatan stamina sahaja, tetapi pembakaran kalori (menerusi peningkatan kadar metabolisma) juga adalah hampir sama dengan mereka yang pulun berjogging setiap hari. Selepas ni, jangan terkejutlah jika terdengar Senah turun 5kg dalam masa seminggu. Rahsianya? Tabata 4 minit sehari sahaja!

Memetik ungkapan popular berkenaan Tabata – “With only 4 minutes in every 3 days, you can turn your body into a fat-burning super-engine!“

Tahukah anda? Kapasiti Aerobik adalah adalah keupayaan tubuh badan seseorang untuk mengambil oksigen. Lebih tinggi kadar kapasiti aerobik, maka lebih jauh dan lebih lama seseorang itu boleh berlari. Bahasa mudahnya, stamina.

Untuk melakukan Tabata, jantung anda haruslah benar-benar kuat, dan betul-betul fit. Sekiranya kalau berjogging selama 20 minit tanpa henti pun dah semput, maka anda mungkin boleh mula melupakan kaedah Tabata ini, sehingga stamina/jantung anda benar-benar mantap menghampiri keupayaan seorang atlit. Anda juga perlu memastikan yang diri anda benar-benar sihat, dan dapatkan pengesahan daripada doktor atau jurulatih peribadi (jika ada) sebelum melakukan Tabata.

(http://sususejat.com/latihan-tabata-4-minit-yang-neraka-tetapi-super/)


OK guys..dah faham apa itu TABATA?? macam-macam jenis senaman boleh buat untuk TABATA nie..  buat planks ke, spider planks, skipping ker, jumping jack ker, squat ker, dumbell ker and banyak lagi laa senaman..saya ulang sekali lagi basic TABATA only 4 MINUTES.. tapi nak buat 8 minutes boleh, 20 ker.. ikot kemampuan all of you laa.. tapi im pretty sure all of you buat 4 minit pon letih semput semua ada.. meh nak bagi pic for TABATA WORKOUT! 








     

banyak jer jenis senaman.. search jerr... hehehe..

so..enjoy for TABATA WORKOUT! .tabata ini sesuai for those yang acah-acah busy..hiks hiks! and for those yang malas..kikiki.. x der laaa.. mula-mula memang penat.. tapi kalau dah selalu buat, benda tu dah biasa bagi badan kita..hehehe.. 

PERINGATAN KERAS! don't push yourself for something beyond your strength! 

so..good luck! have a nice day! 






19:04

DIET?

diet ! diet! diet!


 Diet? apa itu diet? Ramai yang salah anggap bahawa diet itu bermaksud tidak makan atau menahan diri daripada makan. what?? seriously??  no la! yes, betul tidak makan, tpi TAK makan makanan yang dilarang untuk diet laa..bukan dilarang makan terus. 

so, guys guys kena faham, diet nie BUKAN tak makan, tapi, KENA/ WAJIB/ HARUS makan.
diet yang x makan tu, sanggup tahan lapar, just minum air tu, tu orang panggil diet cari NAHAS. yesss! berat still turun, tpi body all of you x FIT, MENGGELEBEH, BERAT LAMBAT TURUN dan body all of you x derrr NUTRITION.dan berkemungkinan dapat penyakit! NAK KERRRR??? 

Diet? ada bnyak jenis ker? YESS! diet ada bnyak jenis. Antaranya ialah Diet Atkins, Diet Mengikut Darah, Diet Seimbang, Diet No Rice,Diet Detox and so on laa.. but 5 diet nie most popular laa orang amalkan. so, ikutlaa kemampuan all of you nak diet yang macam mana..

TAPI ! TAPI! all of you diet pi laa macam mana pon, kalau x der DISIPLIN semasa Diet, x kemana jugak.. so, x kesah laa diet macam mana pon, please guys!! DISIPLIN laa..

so guys? x nak perubahan dalam diri ker? x kan sepanjang hidup nak berbadan besar. x teringin pakai baju cantik-cantik ke? bukan x der baju cantik-cantik for budak berbadan besar, aderr tapi size tu laa.. guys.. kalau badan kecil, pergi mana-mana pon selesa, x payah cover lemak yang bertingkek-tingkek tu.. 

Salah ke Berbadan besar??? x salah sayang-sayang semua. tapi x kan nak tengok jer orang lain kurus,. x cantik ke berbadan besar? cantik laa.. tapi kalau kurus lagi cantik! hiks! Saya taw, bukan kita nak Berbadan Besar nie, tapi apa salahnya kita mencuba untuk kecilkan badan.

guys! nak kurus nie bukan semata-mata nak pakai baju cantik, ramai orang suka ( coooiihhhh) , and so on, tapi most important is NAK SIHAT LAAA.. guys.. berbadan besar nie berisiko nak ada penyakit okeyy!! 

"ELEH ORANG YANG KURUS PON ADA PENYAKIT" 
ish,,,yaa taw ya ya...dok bagi banyak alasan lagu tu badan x pernah slim molim.. dak laa kalau badan kurus at least kebarangkalian nak kena penyakit tu kurang laa.. 

"Macam mana nak diet? penat laa, x leh makan nuh, x leh makan nie.. RUGI laaaaaa"
BERKORBAN LAA sayang sayang ooii.. alah, bukan x leh makan, lepas KURUS, telan laa nak telan..tapi control laa.. look guys.. if all of you diet betul-betul, konsisten, disiplin, in ONE MONTH, in sya Allah, dapat body yang kita IDAMKAN!! 

Yang penting diet jangan STRESS!! ramai yang stress sebab berat x turun.
guys! salah satu punca berat x turun kes hampa dok STRESS laa.. nak stress buat apa.. enjoy laa diet.. KATA NAK SLIM MOLIM BAGAI.. 

Okey, natijahnyaaa... nak diet? ready mental fizikal.. hikkSs!! kuatkan azam mu! kuatkan semangatmu! betulkan NIAT, NIAT mu! in sya ALLAH.. U WILL GET WHAT YOU WANT! 

Everybody!!! FIGHTING!!! 💪💪💪💪💪

About